Bung Moktar Radin SSAP (Pah); SPDK, PGDK (Sabah); AP | |
---|---|
Ahli Parlimen Malaysia bagi Kinabatangan | |
Menyandang jawatan 19 Disember 2022 | |
Dalam jawatan 20 Disember 1999 – 10 Oktober 2022 | |
Didahului oleh | Juhar Mahiruddin |
Majoriti | 6,326 (2008) 9,731 (2013) 9,478 (2018) 4,330 (2022) |
Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah bagi Lamag | |
Menyandang jawatan 29 September 2020 | |
Didahului oleh | Konstituensi baharu |
Majoriti | 661 (2020) |
Pengerusi Barisan Nasional Sabah | |
Menyandang jawatan 2018 | |
Didahului oleh | Musa Aman |
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah | |
Menyandang jawatan 2018 | |
Didahului oleh | Musa Aman |
Timbalan Ketua Menteri I Sabah | |
Dalam jawatan 29 September 2020 – 10 Januari 2023 | |
Didahului oleh | Wilfred Madius Tangau Christina Liew Jaujan Sambakong |
Digantikan oleh | Jeffrey Kitingan |
Menteri Kerja Raya Sabah | |
Dalam jawatan 29 September 2020 – 10 Januari 2023 | |
Ketua Menteri | Hajiji Noor |
Pembantu Menteri | |
Didahului oleh | Masidi Manjun |
Digantikan oleh | Shahelmey Yahya |
Timbalan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah | |
Dalam jawatan 27 September 2020 – 10 Mac 2022 | |
Pengerusi | Hajiji Noor |
Didahului oleh | Jawatan diwujudkan |
Digantikan oleh | Pandikar Amin Mulia |
Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BNBBC) | |
Dalam jawatan 2008–2018 | |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Moktar bin Radin 15 September 1959 Kampung Bilit, Sukau, Kinabatangan, Sandakan, Sabah, Malaysia |
Parti politik | USNO (bekas parti, 1980-1990) GRS (bekas gabungan, September 2020 - Januari 2023) Barisan Nasional UMNO (sejak 1991) |
Pasangan | Datin Seri Panglima Nor Asidah Alimudin Datin Sri Zizie Ezette (k. 2009) |
Ibu bapa Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "[" tidak dikenali |
|
Pekerjaan | Ahli Parlimen, Ahli politik |
Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin (lahir 15 September 1959) merupakan seorang ahli politik Malaysia yang pernah menyandang jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Kerja Raya Sabah dari 29 September 2020 sehingga 11 Januari 2023. Beliau adalah bekas ahli Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) dari tahun 1980 sehingga tahun 1990. Beliau berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Kinabatangan, Sandakan sejak November 1999 dan menjadi Anggota Dewan Undangan Negeri Sabah (DUN) untuk Lamag sejak September 2020. Beliau merupakan Anggota Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) iaitu parti komponen gabungan Barisan Nasional (BN) sejak tahun 1991. Pada peringkat parti, beliau ialah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Sabah dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO (dipilih). Beliau menjadi Timbalan Ketua Menteri Sabah I dan menjawat jawatan Menteri Kerja Raya Sabah (JKR Sabah) setelah gabungan tempatan yang rasmi, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah memenangi Pilihan Raya Negeri Sabah 2020 dan secara rasmi dilucutkan jawatan pada Februari 2023 selepas cubaan menjatuhkan Kerajaan Sabah pimpinan GRS (jawatan beliau digantikan oleh Shahelmey Yahya).
Pada 2 September 2022, Mahkamah Sesyen memerintahkan Bung Moktar dan isteri Zizie Ezette Abdul Samad membela diri atas tuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta.[1]